Thursday, August 25, 2011

duapuluhdua.




bukan sebarang angka ganda
satu penanda aras yang mana bermakna
kau sudah tempuh satu alam dewasa


dua puluh dua
ini masa untuk kau buka segala mata yang ada
bukan lagi tunduk patuh dan angguk apa orang kata
sebab kepala otak kau dah cukup matang dan geliga
untuk pilih jalan hidup antara dua


dua puluh dua
jangan mudah patah
jangan mudah rabak
biar renyuk tapi jangan rebah


jaga jaga
kanan kiri semua duri semua kaca
kau nak cari kilau mutiara sebagai penanda
kau jangan mimpi
kalau kau tak betul betul cuba


dua puluh dua
pergi mampus apa orang nak kata
kau ligat kau dapat
kau lentok kau menganga


dua puluh dua
nak bersandar sampai bila?
kau kena cuba kau kena cuba
gelas yang kosong penuhkan
melimpah tak mengapa


dua puluh dua
cukup syukur dengan apa yang ada
mohon agar tidak lalai tidak alpa


yang pastinya
dua puluh dua
belum masanya untuk kau tempuh fasa hidup berdua.


Allah selamatkan kamu
ZARIFAH MOHAMAD RIDZUAN
untuk yang ke dua puluh dua.
25 Ogos 



selamat hari lahir juga diucapkan kepada

kekanda ketiga
MOHD RAFIE BIN MOHAMAD RIDZUAN
26 Ogos

dan

buat bonda tercinta
SAEMAH BINTI DIMYATI
30 Ogos


syukran.

Tuesday, August 2, 2011

orang yang puasa je boleh baca, yang tak puasa makan jauh jauh


Baru satu hari puasa tapi dalam kepala hotak dah pikir raya tahun ni agak agak target nak dapat duit raya sama banyak macam tahun lepas dapat ke idak. Almaklumla muka dah tak berapa nak awet muda sangat dah. Tahun lepas aku buat muka baby face ala ala mintak lempang dapat la rm500. tak sia sia usaha, alhamdulillah. seminggu sebelom puasa aku tak putus putus doa harapnya tahun ni adik beradik aku yang 5 orang tu dapat la bonus raya lebih. Tak salah rasanya bagi ke adik bongsu diorang ni lebih sikit yedak? Dah la fresh graduate, penanam anggur yang berjaya pulak tu harapnya point nak raih simpati makin bertambah la sikit.



Mak pun boleh tahan gelabah belom nak puasa dah sibuk tanya nak beli langsir kaler apa. Kemain mak kemainn. Harap mak tak pilih kaler yang melambangkan parti politik almaklum lah pilihan raya dah nak dekat. Lagipun cat rumah kaler pepel campur pink memang burok benor kalau langsir nak hijau pas, biru turqoise keadilan, biru gelap barisan nasional atau pun merah terang umno. Kuning pun tak nak lah sebab bersih sangat. Jangan buat gila mak. Bukan apa takot kantoi dengan jiran tetangga. Kan undi kita adalah rahsia.



Lagi satu, nak tegur sikit pasal orang yang meniaga dekat bazaar. Jangan la cekik darah sangat bang. Gila ke hapa takat amik ikan sekerat dengan sayur dua cedok sampai RM14. Hadudududu bangg, telan ayaq lioq. Nak cakap tak jadi beli kang macam kuajaq sangat. Hulur je lah duit. Nasib baik sedap. Pasal makan ni bukan boleh berkira sangat tapi bak kata orang putih rege tu  biarlah reasonable yedak? Ikhlas sikit aku hulur duitnya hah.



lauk feveret untuk berbuka
*gulp*



Tahun ni alhamdulillah first puasa dapat juga buat tarawikh. Tak dapat buat kat masjid kat surau pun jadilah. Jemaah yang datang pun boleh tahan ramai. Baguslah mak bapak yang angkut anak anak sekali pegi tarawikh. cuma yang aku tak berapa berkenan budak budak ni punyalah bising. Dah la duduk dalam saf tengah lepas tu bergurau sini sana cuit orang tu tolak orang ni. Main hantu hantu. Ketawa mengekek jangan cerita la. Pakkal la ni bulan puasa, kalau anak buah aku memang dah kena jewer telinga. Kamon laa takkan jewer pun tak tahuu. Nak aku jewer telinga korang?



ce sebut sikit jewer aku nak dengar? huruf R tu biar jelas sikit bunyinya macam ni JEWERRR haa baru jawaa



Hari baik bulan baik ni tak elok la nak hangin sangat. Shaitonirrajim pun dah kena tambat. Tapi sekarang ni aku memang tengah hangin satu badan. Kebenda payah sangat nak lepas level  10 game angrybirds ni? Marah betei aku laaaa. GRRRRR !



Wednesday, April 20, 2011

Dia, sentiasa ada dan mendengar.


Manusia bila tengah sihat, bahagia, seronok menggila, kadang kadang terlupa yang satu tu. jangan tuding kata dia, dia, atau pun dia. 1 jari kau tuding kat dia, 4 jari kau tertuding sendiri. Manusia bila yang satu tu bagi kau ujian, barulah kau nak bukak satu-satu helaian lepas, check kat silibus hidup yang mana kau dah buat silap. kadang kadang kau rasa betul dah apa yang kau buat. double check siap. takda cacat cela.


Masa yang satu tu bagi kau ujian, baru tahu lagi payah dari jawab final exam yedok? masa tu baru kau nak bermenung, gelabah sini sana, ambil wuduk, bentang sejadah. silap silap al-Quran pun kena tiup, berdebu.


Tapi yang satu tu maha adil, maha pemurah. kau buat la macam mana Dia tetap terima. siap kasi kau can. kalau kau ditimpa ujian selepuk, tak payah nak lari tutup muka. malu dengan manusia apa sangat yedok? malu dengan Dia. even kau malu tapi kau still boleh mintak dengan Dia, kan? :')




" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


ce kau try panggil 5 orang duduk dengan kau, cerita masalah kau dari a sampai z. berapa orang yang nak dengar ikhlas? tolong? puih. tak payah bazir ayaq lioq. Kau tadah tangan cakap dekat Dia. hati kena ikhlas, pungpang mengadu je banyak mana. 


Dia, memang sentiasa ada dan mendengar.



*peringatan untuk diri sendiri jugak T_T

Sunday, April 10, 2011

nikmatilah durian segamat

kelmarin, semalam dengan hari ni kemain bergayut dengan mak. rindu yedok? rindu nak bergosip sebena teehee tu la mak den, asal bergayut je pungpang pungpang pasal kawen. ina anak jiran sebelah nak bertunang dah, langkah bendul 2 orang.  gosip mak lagi, anak sedara den pun konon nya nak kena risik, tiba hari tudiaa sarung cincin tunang teruihh. ni pun pesen percaya 2012 kiamat lettew. tak sabor ye dok? bosang betei dengar pasal kekawin ni lah. jeles paham tak? ce gegosip lain sikit mak , pasal ghosemah ke nampak sikit politik nye. tak gitu cik jenab, mommy kecintaan? :')


yang syok nya gayut dengan mak ni lepas end call kalau dia rasa ada gosip tertinggal satgi ada la,


'incoming call from my dad'

*ringtone lagu marshanda-sejuta cinta


nampak tak pelan penjimatan yang mak den guna? guna kredit encik suami. bapak den celcom, mak den maxis. celcom bergayut dengan celcom jimat kate nyee. comel tau emak ni tau :') 


tiptop tak tiptop lah mak den kan? berkat menyurirumah sepenuh masa. aku syak mak kembang sekilo kalau baca, tapi rasa rasa macam tak sedap hati jugak ni. 


mak, mak tak reti online apetah lagi baca belog kan?


nak taknak aku layan kan jugak gosip emak. elak jadi derhaka, kang tak cium syurga. ekhem. tapi aku lebih ghairah bila berborak perihal durian. pehh terngiang ngiang bunyi durian jatuh. bapak den ada tanam dalam 30 pokok jugak. ce bayang kalau dalam sehari satu pokok bunyi gedebabb! durian jatuh then kalau 30 pokok tak ke hari hari gedebab gedebab gedebab gedebab gedebab gedebab ahh malas aku nak taip sampai 30 kali. tu kalau sebijik satu pokok. kalau 3, 4 bijik sepokok darab dengan 30? math SPM kau A1 en? kira sendiri pedehal yedok? huh.


bunyi durian jatuh gedebab ke kebabow ke apetah sebena?


ni yang buat aku lincah rasa nak monteng kelas je balik rumah. tapi apekan daya mak dah kasi warn, 'ekau jangan nak membongak musim durian kek umah lambat laie tunggu rayo nanti hah' (--")


aku rasa aku jawa. pehal tah tetaip bahasa nogoghi? nabil punya pasal la ni. grrr !


tak jadi ah balik umah. pehal lambat nau musim durian kat umah. pesen lambat mengawan ke apetah pokok durian yang bapak tanam tu. rasa rasa macam dah pilih benih paling baik dah. tapi bila tengah musim tak payah cakap ar, hari hari belom sempat tok bilal azan subuh kat masjid bapak gua dah pekik,


'yayang ! jajal mudun nang guri umah delat, ndelok eneng buah durian tiba orak..'


amek kau bikpahh, arahan bapak tak boleh dilengahkan hukum dia sama macam kau lengahkan solat. biasa aku sep tangan kakak, pass kat dia. kakak ghairah sket bab bab kutip durian ni, nama je dah anak lima tapi cergas dia kemainn. pastu tak tunggu dah, lincah amek troli pegi turun belakang umah tengok kot kot ada durian sebijik dua. 


umah aku ada troli khas nak kutip durian. kau ada?


jemput la datang segamat beraya umah den. kecik tapak tangan, stadium bukit jalil kitorang tadahkan. nak lagi besor stadium old trafford pombolehhh. memang aku hidang durian je ekau makan ler sampai pengsan.  takda dah hidang ketupat rendang bagai dahh. 




seluar jeans yang dah season jangan dibuang,
banyak kegunaan kata emak


pesen pokok buah umah kitorang ni bergeng kalau nak mengawan, 
cc: @manggis @ciku


jenuh nak petik, kena panjat
cc: @sengragel


keh keh keh




ohtetibateringat,
#sigh abang aku dah pesan awal kalau aku nak langkah bendul tadehal tapi kena bagi dia rim sukan 4 bijik. puihh.

Wednesday, February 16, 2011

bikpah saya seorang yang jakun


ada gaya macam fasha sandha tak??
(--")


hai. nama saya nur ishqi rafiqin binti mohd rafie. abang abang kakak kakak boleh panggil saya ceki. tapi mama selalu mention kat belog dia saya ni cik tom. cik tom pun cik tom lah janji glemer. mesti tak penah jenguk belog mama saya kan? saya tauu..ingat budak kecik macam saya tak tau ke...(angkat kening 3 kali)




ha, nampak tak pompuan yang bajet glemer pakai shawl ala ala hana tajima tu siapa? tu lah yuna eh, tu lah bikpah saya. berani betul bikpah pakai camtu. kalau embah lanang saya nampak..aayokk tatayokk mak bawak balik kampung tersepak bontot lembu teehehehee ni bikpah la ni ajar (--") dalam family papa, bikpah seng ragel. seng ragel tu yang bongsu lah. apa ingat saya tak reti cakap jawa ke? peanut je tu..(angkat kening lagi 3 kali)


masa cuti maulud semalam, bikpah datang umah saya. umah saya kat mana? kat melaka la, itu pun tak tau. dah la datang pagi pagi buta pukul 4 macam tu. ingat umah saya hotel ke sukati nak check in check out bila bila dia suka? yennadei bikpah..nasib baik papa sedar. saya, mama dengan cik jerry adik saya tengah syok berlawan dengkur masa tu. mimpi makan pizahat. eh betul ke eja macam ni? ala kat sekolah teacher margeret tak penah ajar pun eja pizahat cemana 
(angkat kening sekali je lah) 


esok nya kan, kami keluar pegi jalan jalan. lepas tu papa bawak pegi makan kat mana ntah. kalau saya tak tahu bikpah lagi la tak tahu sebab dia ternganga dalam keta. hampeh punya bikpah..


tempat makan ni ramai gila orang. eh, budak kecik tak baik kan cakap gila. ramai sungguh orang di kedai makan tersebut. padahal menu cuma jenis mee sup aje. papa cakap ni mee ketagih sebab orang yang datang mesti makan bermangkuk mangkuk. agak agak apa rahsia diorang ek? haaa, jeng jeng jeng.


entah, saya dan keluarga saya pun tak tahu hihi




taaadaa! erk, mee tak bermaya nama nya nih (--") bikpah makan kuey tiaw, tercungap cungap bikpah sebab letak pepper banyak sangat. serve u rite bikpah. eheee


lagi satu kan, orang yang amik order cakap laju sungguh. naik juling mata bikpah saya. dari penyediaan mee sampai amek order, sume sume lah, semua nya laju. jakun bikpah saya tengok.  tapi bikpah saya makan lagi laju, bukan tak tau bikpah tu..dah la abes cepat lepas tu makan popia basah ni sampai abes satu row. 
haih bikpah bikpah..


satu popia singget doposen je, kalau dua, dua ringget pat posen lah


oleh sebab jakun sangat kan, bikpah siap record masa orang tu buat mee. punya lah jakun sampai tap.tap.tap..tap.tap tu bunyi air liur jatuh la (--") eh kena tengok tau video ni sebab ada saya. saya bukan shy shy cat tapi sebab saya tengah fokus main game dalam iphone man ayoy saya tu yang nampak saya malu tau. biase ah, budak budak kecik mana ada nak pegang iphone ni. jadi kena la kaber sket teehehehee


laju kan kan kan? saya comel kan kan kan? 
hehehehe


segonjeng gonjeng bikpah kan, man ayoy saya lagi gonjeng. ada ke patut dia pakai kain telekung mama buat solat. bikpah da suruh dia amek kain pelikat tapi man ayoy malas. padan muka, kan saya dah letak dalam belog bikpah..hehehe


comel tau man ayoy ni tauu -__-


dah la. penat la taip banyak banyak. nanti bikpah nampak. baik saya post cepat cepat. hihi


terima kasih sebab baca belog bikpah saya

tataaaa!


Tuesday, February 15, 2011

melaka maju 2010. habis tu 2011 dan seterusnya macam mana pulaakk?



cehhh


macam bagus je buat tajuk entri panjang panjang. tapi feeling dia semacam sket. bagai melepaskan bersin di tangga pun ada. puas. kau mana faham peribahasa jawajawa. aku alih bahasa pun dah kira syukur. ada reti?


salam takda, apa takda terus nak kata orang. kedodol tau jaripah ni -__-


assalamualaikum dan salam maulud nabi. 


pekata awal pagi yang sepi lagi dingin ni kita basahkan lidah dengan berselawat ke atas rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. alhamdulillah..yang mana dah berdengkur tu aku doa doa korang mengigau berselawat sama. lagi syukur alhamdulillah..


ikutkan hati aku dah sambung buat peta dunia, semalam baru sampai garisan meridian pangkal kat bandar greenwich. ingat hari ni nak buat lingkaran api pasifik. nak ubah sket kasi jauuuh dari mesia baru tak terasa gegar dia bila gunung merapi meletus. aku bukan nak bangga la geografi masa PMR A, tapi kena bangga 22 tahun gak la sebab exam bulanan selalu nya paling mulia dapat D, kalau dapat C macam nak buat sujud sahwi. eh, pendidikan islam aku eberitaim A tauuu. pendidikan moral aku tak amek. tu yang tak berapa nak bermoral tu.


macam bagus je mukadimah panjang lebar, isi penting lari mana tah.  format jenis karangan apetah -__-


baiklah, isi penting masuk perenggan baru ye


sabtu pagi tu aku lincah bangun awal sebab after dinner malam sebelumnya dah janji nak konvoi pegi melaka. nak merasa air melaka kate nyewww. maka kita harus serbu melaka wonderland. bangun awal semangat dia lain macam, tak macam hari biasa bila ada kelas. lepas subuh bebi gajah aku tepon sorang sorang makhluk Tuhan yang berjanji nak gerak pukul 7.30pagi MACAM HAREEEMM semua tak angkat tepon rasa nak pelangkung sekor sekor puihh. marah betoi raden jaripah raden ridzuan ni. hmmph.


mujur aksi pelangkung tu terbawa bawa dalam mimpi diorang. konpem lah bangun kan. pung pang pung pang gerak pukul 10 gak la. sampai melaka matahari dah tegak atas kepala memang haru la kalau swimming time time macam ni. konpem kulit sama tanned dengan emm aku taknak cakap sapa sapa lah kan. bak kata pak jabit, taip siang pandang pandang, taip malam jangan celupar kot kot hantu kak limah balik hihihi


emm melaka wonderland ni still baru jugak la. kawasan dia luas, terang, pokok pokok baru nak bertunas. patut la menyelam macam nyawa nyawa ikan je sebab oksigen tak berapa nak ada. peer-to-peer bahasa internet connection nya. 


aku nak citer lebih pun imaginasi korang mesti tak berapa nak sampai kan. meh la aku kasi pencuci mata.







mentang mentang lah aku hangkut kamera, korang bantai pedajal aku shoot korang main air sini sana pfftttt! 

then aku pedajal korang pulak curik keta bawak lari pi gathering keh keh



bersama orang kuat: hs, intan nurul fateha, si gemok gonjeng, aim




okay, aku stop sini dulu. jam sekarang pukul 2.30 pagi. aku nak gerak pegi melaka. kang dah sampai aku sambung sikit lagi..


**********************


4.05 pagi 


yayy, dah sampai melaka! hehehe korang jangan pelik sangat la batu pahat-melaka bukan jauh sangat. aku tetiba rindu kat mama rock tu yang lincah datang melaka ngeh ngeh


ekceli maghrib tadi abang aku roger dari jb cakap rindu bagai la apa la nak muntah pun ada. dia yang ajak aku datang melaka. tapi nak buat cemana, kau kan abaangg..hihi aku nak gak merasa sambut maulud nabi kat sini. pfffttt ye ye aje padahal sabtu lepas datang buat onar (--")


stori pasal blogger gathering melaka


hs cakap semua sekali termasuk aku yang lambat ni dalam 73 orang gak la. ramai woahh. aku bukan sengaja nak tunjuk heroin datang lambat pastu buat buat cool nak hai sini sana bajet orang kenal kau jaripahh pffftttt! eh eh tapi masa aku sampai kat mapley subaidah tu adew gak yang tegur kitew 'eh awak zarifahmr kan?' auww segan gilaa erk erk terus sengih macam tempe berkulat 'ehe ye saye, sori la lambat sikit' KEJADAHHHH apa salah nya cakap lambat banyaaakkk baru betoi betoi loser  -_____-


even aku terlepas ice breaking, main bowling pe semua tapi aku hepi sebab dapat jumpa diorang ye la selama ni pung pang pung pang dalam belog je dah gath ramai ramai mata terus meliar usha sini sana eh tu si polan, eh ni la si seman eh eh kak salmah ehehe 


thanks to hs karchak dan intan cinonet kiut miut sebab jemput kiteww auww malu kiteww taww teehehehe


oh malam nya sempat singgah jonker walk. kaki macam nak tercabut dah tapi sapa dia nak dukung kau jaripah padan muka kau sendiri ada kaki sendiri jalan laa. jonker walk tu punya la meriah tak hengaat menyengaat..






dah nak azan subuh  ni memang mintak pukoi la tak reti reti pi tido. lepas subuh ni moga moga syahid lah aku dalam iman -___-


tetiba: amar makruf nahi mungkar. 


bai bai !