Wednesday, May 15, 2013

cerita dia sekarang



aku dok ulang lagu ni dah lebih patbelas kali

matilahh




suka ngoratzz i tau bencilahh :')


Tuesday, April 23, 2013

merasmikan oven butterfly



dah lama nak rasmikan sebena, tapi tak ter rasmi rasmi jugak oven kakak belikan tu. duduk la kau diam sunyi sepi tanpa berita dalam kotak. lepas tu ada la kan orang tu kan request nak makan pavlova jadinya buatkan lah sebab macam dah lama jugak tak buat pavlova. nak jugak test power oven baru ni cemana pergi dia kan.


nasib baik elok je berfungsi. oh jangan tanya aku kenapa beli oven butterfly. oven ni kan zaman mak mak kita dulu. payah dah sekarang nak jumpa orang pakai oven ni. semua nak yang modern jeww. tapi maksalahnya aku memang suka dengan benda tradisional nak buat cemana yedak hihihi plus, jimat letrik guna gas jeww. bakar manual atas dapur kauu. nangeh.





terus buat dua bijik sebab nak kejar masa. ikutkan kalau guna oven ni tak boleh bakar meringue kat bawah pasal guna api dapur kan so nanti base meringue hangit. i'm done sebab tu bagitau hahaha



lepas tu, untuk pavlova kali ni cuba buat eksperimen cemana nak bgi meringue merekah. sebelum ni buat tak merekah pun macam chef chef buat teww iolls kecewa hokkayy. so aku cuba lebihkan tepung jagung dan berjayaaa yay :'D



*jejoget*



setelah berhempas pulas bermandi peluh akhirnya menjadi jugak pavlova dambaan perot walau ke 153739383536284 juta kali makan pun takkan bosan hekhek. sebijik untuk housemate sebijik lagi untuk encik apekesni. kemain puas muka tu dapat makan pavlova :')




zoom sikitttt



pavlovelovediva sangat



saje je nak tayang brooch ribbon pink kiteeww. tu je lah kot kbai ^^


Wednesday, April 10, 2013

alah bukit broga yang semorang sibuk daki sangat tuu


kofkof macam tinggi sangat daki yedak.


cerita dia macam ni. minggu lepas along sepupu kegemaran, pm kat fesbuk. dia tanya nak join tak team hiking dia panjat bukit broga. wahh macam orang mengantuk disondol bantal, mestilah lentok yedakk wiwiwi.


weh gila hang tak nak ikut? selama ni berjejes jejes je tengok orang up gambar duckface atas broga. ingat aku tak teringin ke nak buat cenggitu? sakit pulak hati kite ni. lepas tu aku pun apa lagi gelabah la cari headlamp. along kata nak gerak tengah malam so memang kena ada lah headlamp tu supaya terang masa depanku 


*sengih spongebob*


sabtu siang tu pegi bukit bintang dengan along shopping sikit pastu baliknya singgah area wangsa walk makan mee udang mak jah kuala sepetang. yang ini memang aku tak boleh nak runding ya rabbi ya karimm terbaik gilaa mee udang dia weyy udang entah berapa ekor dia campak dalam  mangkuk mee tu. kau faham tak dia punya sedap sampai tengah taip entri ni pun aku terasa rasa kuah mee udang tu lalu dekat tekak hmmphh



awak jangan risau, sikit hari saya datang lagi.

balik rumah tu test headlamp lepas tu taknak poyo buh kat stegerem kan kofkof dari situlah bermulanya episod drama unplanned by ajwin ajeera eh ehh. 



komen punya komen dekat stegerem boleh pulak awin terus join kitorang malam tu. decide nak join dalam masa kurang 3 jam dari waktu kitorang gerak pegi bukit broga pun bolehh hahaha bagus fatin bagus sebab berjaya pujuk awin


well pukul 11 malam terus paksa diri tido pastu bangun pukul 1 setengah pagi bersiap siap pastu semua berkumpul dekat mekdi btho, cheras kajang pastu terus gerak ke semenyih. pukul 3 lebih macam tu kami start panjat. wah masa tu dah ramai jugak yang datang untuk tujuan yang sama. so takda lah seram sangat kan. gila kau, pukul 3 pagi masuk ladang kelapa sawit lepas tu masuk hutan apa tak seramnya. jalan pun berkepit je memasing haha.



fatin awin dan kof kof *batuk kecil*


ye yee tau headlamp iolls paling gedabak yeee. lepas snap terus 
" weh ce tengok ada 3 ke 4 orang gambar tu? " -_-


boleh tahan mencabar jugak la laluan dia. tanah licin sebab baru lepas hujan pastu banyak curam pastu berbatu batu pastu nak kena panjat tebing tinggi aduiyaii nak menangis mak. awin dengan fatin pun tak larat so banyak kali jugak la kitorang stop. awin tak bagitau dia ada asthma patutlah tak larat semacam je. sumpah penat dia sampai rasa mual nak termuntah. aku ni kira nasib baik jugak la sebab dah biasa lasak berkayak dulu so tau la cemana nak kawal nafas nak maintain tenaga semua tapi pancit jugak kauu. memang kena hati hati sangat sebab gelap kan kita tak tau apa ada kat depan tepi atas belakang kita. kitorang bertiga ni ikut je along dengan geng dia yang senior dalam hal panjat memanjat ni erk apakahh.


masa ni adalah penting sesama kita support each other walaupun penat dah tak larat. dalam masa yang sama kita support diri sendiri jugak. selalulah cakap dekat kengkawan " kamonn, sikit lagi nak sampai dah. boleh ni bolehh " macam tu even jauhh lagi kan :')


nak dekat 5 pagi camtu barulah kitorang sampai dekat puncak broga ahhh akhirnyaaa. wiwiwi puas hati gilaa. dah sampai tu nak termuntah nak terberak terkencing semua ada. nasib lah pundi ni reti behave. tak rasa nak buang ke apa haa camtu laaa.


pastu terus panjat batu besar baring lambak atas tu. along kata batu besar ni memang port diorang tido bila sampai atas broga. tak banyak cakap, terus lena dibuai mimpi berbumbungkan langit dan bintang beralaskan batu tajam namun indah lenaku kau tauu. haha padahal berlemuih hangit habis badan berpeluh. 


sumpah canti gilaa view semenyih dari atas batu kat puncak broga tu. dengan bintang bintang kat langit dengan kapal terbang dengan awan. subhanallahh :') 


  

eh apeni apenii *tolak tolak kamera*

dapat tido sejam je lepas tu terus terbangun sebab ramai yang suluh suluh kitorang. pukul 6 setengah dah start riuh rendah memang ramai gilaaa atas broga. berjenis jenis orang atas tu, budak kecik pun ada alololo omei angat yee. awin pulak kemain sweet bekalkan shepherd's pie gila lah breakfast like a king betei mampuu?

gambar semua cilok dekat stegerem sendiri, fatin dan awin :)












muka busuk memasing baru bangun 




ahh sejenis muka puas -_-"




pastu kitorang teruskan mendaki sampai puncak. alah sikit je lagi tapi laluan dia yang paling mencabar lah. mula macam tak yakin dapat panjat tapi dengan bantuan dan support semorang yeayy berjayaa !



we made it ! *shuffle*


oh oh selepas pendakian pertama ini langsung tak serik kofkof kami pasti datang lagi. tak puas faham tak? sampaikan awin cakap mama dia ajak panjat broga minggu depan hahaha macam tu sekali pengaruhnya. plays with nature is a good therapy sometimes. learn to be grateful and thank to The One Up There for letting us living in His place. alhamdulillahh. 

broga hills, wait for me again okay? :'))


Monday, April 1, 2013

belon udara panas katanya.


tahun tahun lepas tiap kali pergi event ni mesti tak dapat tengok belon tu terbang ke sana ke mari. sedihhh je haaa. pastu sabtu baru baru ni cuba la nasib lagi kan akhirnyaaaa dapat tengok jugak yeayy super happy wa cakap lu hehehe


balik kerja terus pungpang bersiap ala kadar dalam 5 setengah petang camtu terus shoot putrajaya. dugaan jugak la dengan hujan pastu jalan jem ingat tak sempat dah ye la sebab macam dah nak malam kannn. tapi dengan berkat kesabaran sampai jugak. alhamdulillahh.




masa kitorang sampai tu takda lah ramai sangat. orang pun baru je nak start datang apa semua. dah nak dekat maghrib macam tu haaa amekaw sesak gilaa. belengaihh habis badan. lepas encik apekesni setel amik gambar semua maka kitorang pun decide blah dari tapak event. lagipun dah gelap malam. 










perut pun lapar tak terkata pastu dah alang alang dekat putrajaya tu kan singgah makan kat alamanda. ah konon je lapar padahal sempat gak shopping baju? muehehehe. memang puas hati seronok sesangat dapat tengok belon udara panas tu dari berlipat, set up, isi gas sampai lah terbang atas nun. awhhh what a day ! :'))



up up and awayyy <3


lain kali nak try naik pulak lah mana tau kot dapat ke kann hehehehe


Tuesday, March 19, 2013

waffle maker



okay lah cerita dia macam ni, itu hari bukan main teringin lagi nak pergi dip n dip. sana sini manusia dok pungpang pasal keseronokan menikmati coklat belgium yang lazat dekat sana. geram betul rasa. gelabah terus gugel pasal dip n dip.


#nowplaying teringin -shima







apeni apenii buat terliur je lah !


tapi bila baca entri kebanyakan belog kata harga untuk setiap menu agak pricey lah. lempeng secoit dengan banjiran coklat pun dah 17 ringget humang aihh menangis wallet dengar. 


jadinya, hold dulu lah nak merasa dip n dip tu. baik pegi main masak masak dekat seoul garden lagi best harga pun berbaloi yedak. tapi kalau teringin sangat boleh je pegi dip n dip tu amik berkat hahah berkat kejadahnya kalau dah pesen perot peti ais kau tu zarifah -_-


maka dengan itu, aku pun terfikir benda alah semua ni boleh homemade lah. senang je kan cuma coklat mungkin tak samalah. kamonn diorang pakai coklat belgium mahal kot. tapi takpe coklat apa pun sama je hasilnya  menambah lemak jugak hahahaha.


untuk merealisasikan impian, aku kena lah ada seketul waffle marker tu kan. dah gugel punya gugel lagi tadi kebanyakan surirumah pakai waffle maker bentuk love jenama takada. dah la murah 65 hingget jee pakai lah kau seratus tahun pun. 




haa menggiurkan tak? okay sekarang masa untuk membodek bakal suami ! muehehehe good luck jerrypah :)

Tuesday, March 5, 2013

selepas bertahun tak buat kan.



jadinya bulan ni macam sesi balas dendam jugak lah. dalam sebulan hamekk tiga biji kek choc moist aku buat kekeke. entahlah, nak kata gian tak jugak. dia macam bila perasaan semangat nak buat kek tu datang kau nak tidur pun tak basah mandi tak kenyang makan tak lena macam tu lah.


satu hal lagi, bila aku pergi melaka rumah abang ketiga (kitorang panggil dia adek sebab mak cakap ingatkan dia yang last hahaha) konpem akan berlaku lah sesi baking membaking ni dengan kakak ipar. 


*korek oat celah gigi dengan lidah*


kitorang suka cuba buat resepi itu resepi ni. dulu masa durian crepe tengah meletup letup femes gigih jugak buat walaupun masa tu aku curi tulang sikit hehehe. aku dah pulun buat red velvet sebelum tu pastu aku balas dendam balik buat crepe tu sejurus tiba di rumah sewa.


sejurus tiba terus aku bagi curlasss sangat kau pah.


maka marilah menjamu mata dengan gambar sepeninggalan. yang mana tengah berduka period pain ke suami tak reply sms ke dapur habis gas ke kan boleh la tengok sambil telan air liur dua tiga kali. okay poyo sangat bunyinya.







you are so sexy baybeee oh ohh



cerita dia lagi, aku buat ni lepas subuh. masa tu kakak ipar aku keluar hantar kak long pergi sekolah. syukurrr kak ngah masih tido, yang itu kalau ada banyak pulak karenah dia nak tolong pukul telur lah nak tolong taruk tepung lah halalalahh pengsan bikpah kau ni nakkk.


tak bernasib baik jugak, raina yang bongsu ditinggalkan dengan aku. memula dia elok je tengok kartun kejak lagi dia melalak lalak punahh habis aku. sambil dukung raina sambil pecahkan telur pukul pastu masuk tepung pukul lagi sampai lah kakak ipar aku balik fuhh legaa. dahsyat jugak ye dugaan nak buat kek hahaha.


balik damansara aku pulun buat dua bijik lagi. kesian ke preggy mummy hudaluna tu mengidam nak makan kek choc moist kenn kang baby tendang terajang wushu dalam perut siapa nak jawab? bapak dia lah ! tak kuasa aku nak jawabkan kaka.


pastu kan malam tadi kan teringin nak makan ikan stim dengan lemon. tapi lemon non hadoo dekat kedai jadinya aku pakai limau kasturi je. aku kasi resepi lah kot ada yang nak cuba yedak. senang kacang goreng je ni pejam mata boleh buat hehe :)




bahan bahan:

ikan bawal atau ikan siakap
#serai cili padi bawang putih bawang merah halia 
tomato (boleh tambah saderi atau sayur apa korang suka)
limau kasturi
daun ketumbar
sos tiram, black pepper, garam dan perasa


cara masak:

1) siang ikan kemudian perap dengan halia yang ditumbuk, sos tiram, black pepper dan sedikit garam

2) didihkan air dengan air limau kasturi. level kemasaman terpulang pada selera memasing. ye kemasaman pun bolehhh.

3) masuk ikan yang dah diperap, tutupkan. kira kukus la ni.

4) sambil tu ricih semua bahan bertanda # pastu cili padi ikut kreativiti lah ye nak ricih ke belah dua ke apa kan

4) agak agak dah siap kukus, asing ikan. air kukusan tu biarkan kemudian masuk semua bahan #. bubuh perasa apa semua masukkan tomato. cukup rasa matikan api.

5) siram atas ikan yang dah dikukus tadi. hias lah dengan daun ketumbar siappp !




kalau nak kukus double boil pun boleh. terpulang, ikutlah citarasa masing masing. kan senang je kann hek heleh macam gini budak tadika pun boleh buat lah kamonnn hehehe. okaylah dah lunch hour pun. makanlah apa tunggu apa lagi ! 

*peace tepi mata*


Friday, February 15, 2013

15 febuari.



bapak,

ingat lagi tak masa kite 6 tahun bapak rotan tapak kaki kite sebab tumbangkan motor yamaha merah? bapak rotan sebab brek tangan patah.


ingat lagi tak masa kite nak belajar solat dulu, kite pakai kain pelikat ikat dengan tali pinggang lepas tu songkok? taknak sebelah mak, nak sebaris dengan anak lelaki bapak yang lain. bapak tak geger pun, asalkan nak belajar solat.


ingat lagi tak masa cuti sekolah bapak bawak pergi ladang kutip lerai, kite takut dengan lembu? bapak tongkat motor terus suap lembu dengan botol air garam. lembu pun diam.


ingat lagi tak masa kite darjah 6, masa tu hujan lebat bapak hantar kite sekolah sampai depan kelas? bapak selubung kite dengan baju hujan sampai tak nampak jalan. seronok, sebab dapat peluk perot boncet bapak kuat kuat.


ingat lagi tak, kita berebut tv? bapak nak tengok gusti, kite nak tengok honey, i shrunk the kids. kite tak suka tv dapur, banyak semut. kite sengaja pasang tv kuat kuat, sengaja nak kasi bapak bengang. sekali bapak mengamuk, bapak baling dengan kerusi merah. fuuu, kite elak. lepas tu kite menangis macam orang gila. TAKUT. padann.


ingat lagi tak, bapak kena gigit pacat? bapak letak pacat tu atas daun keladi pastu letak minyak cap kapak, pacat tu gelupur keluarkan semua darah. kite pun ternganga, kagum bapak buat silap mata.


ingat lagi tak, masa mak takde kat rumah bapak teringin nak makan ikan masak lemak cili padi? mannnnn, kite dah lah haram langsung tak reti. gigih telefon kak limah mintak resepi. nasib menjadi.


ingat lagi tak bapak jemur tikar dekat lereng, kite ajak kawan kawan main gelungsur? bapak gembor, tengking dari jauh. kitorang lari bertempiaran. fuhh nasib sempat. lepas tu semua marah " kau la ni ajak kitorang "


banyak lagi lah. satu satu kite simpan kemas. banyak sangat. bapak memang garang gila ya rabbi garang tak terkata, tapi bapak penyayang. bapak sorang je panggil kite dengan nama gelaran rahsia *bangga*


*masih cool*

terima kasih ajar kami semua erti susah, jerih perih hidup sederhana. terima kasih tengking marah kami supaya solat di awal waktu. terima kasih kerana jadikan kami 'orang'.




semoga Allah panjangkan umur bapak terus diberikan kesihatan, supaya sempat bapak serahkan kite pada tangan seorang lelaki bernama suami. semoga bapak terus kuat, bertahan dan yang penting terus garang dengan imej misai berpintal :'))


selamat hari lahir bapak, mohamad ridzuan bin tasjan. kami semua ♥ bapak.


*lap hingus*