Tuesday, March 5, 2013

selepas bertahun tak buat kan.



jadinya bulan ni macam sesi balas dendam jugak lah. dalam sebulan hamekk tiga biji kek choc moist aku buat kekeke. entahlah, nak kata gian tak jugak. dia macam bila perasaan semangat nak buat kek tu datang kau nak tidur pun tak basah mandi tak kenyang makan tak lena macam tu lah.


satu hal lagi, bila aku pergi melaka rumah abang ketiga (kitorang panggil dia adek sebab mak cakap ingatkan dia yang last hahaha) konpem akan berlaku lah sesi baking membaking ni dengan kakak ipar. 


*korek oat celah gigi dengan lidah*


kitorang suka cuba buat resepi itu resepi ni. dulu masa durian crepe tengah meletup letup femes gigih jugak buat walaupun masa tu aku curi tulang sikit hehehe. aku dah pulun buat red velvet sebelum tu pastu aku balas dendam balik buat crepe tu sejurus tiba di rumah sewa.


sejurus tiba terus aku bagi curlasss sangat kau pah.


maka marilah menjamu mata dengan gambar sepeninggalan. yang mana tengah berduka period pain ke suami tak reply sms ke dapur habis gas ke kan boleh la tengok sambil telan air liur dua tiga kali. okay poyo sangat bunyinya.







you are so sexy baybeee oh ohh



cerita dia lagi, aku buat ni lepas subuh. masa tu kakak ipar aku keluar hantar kak long pergi sekolah. syukurrr kak ngah masih tido, yang itu kalau ada banyak pulak karenah dia nak tolong pukul telur lah nak tolong taruk tepung lah halalalahh pengsan bikpah kau ni nakkk.


tak bernasib baik jugak, raina yang bongsu ditinggalkan dengan aku. memula dia elok je tengok kartun kejak lagi dia melalak lalak punahh habis aku. sambil dukung raina sambil pecahkan telur pukul pastu masuk tepung pukul lagi sampai lah kakak ipar aku balik fuhh legaa. dahsyat jugak ye dugaan nak buat kek hahaha.


balik damansara aku pulun buat dua bijik lagi. kesian ke preggy mummy hudaluna tu mengidam nak makan kek choc moist kenn kang baby tendang terajang wushu dalam perut siapa nak jawab? bapak dia lah ! tak kuasa aku nak jawabkan kaka.


pastu kan malam tadi kan teringin nak makan ikan stim dengan lemon. tapi lemon non hadoo dekat kedai jadinya aku pakai limau kasturi je. aku kasi resepi lah kot ada yang nak cuba yedak. senang kacang goreng je ni pejam mata boleh buat hehe :)




bahan bahan:

ikan bawal atau ikan siakap
#serai cili padi bawang putih bawang merah halia 
tomato (boleh tambah saderi atau sayur apa korang suka)
limau kasturi
daun ketumbar
sos tiram, black pepper, garam dan perasa


cara masak:

1) siang ikan kemudian perap dengan halia yang ditumbuk, sos tiram, black pepper dan sedikit garam

2) didihkan air dengan air limau kasturi. level kemasaman terpulang pada selera memasing. ye kemasaman pun bolehhh.

3) masuk ikan yang dah diperap, tutupkan. kira kukus la ni.

4) sambil tu ricih semua bahan bertanda # pastu cili padi ikut kreativiti lah ye nak ricih ke belah dua ke apa kan

4) agak agak dah siap kukus, asing ikan. air kukusan tu biarkan kemudian masuk semua bahan #. bubuh perasa apa semua masukkan tomato. cukup rasa matikan api.

5) siram atas ikan yang dah dikukus tadi. hias lah dengan daun ketumbar siappp !




kalau nak kukus double boil pun boleh. terpulang, ikutlah citarasa masing masing. kan senang je kann hek heleh macam gini budak tadika pun boleh buat lah kamonnn hehehe. okaylah dah lunch hour pun. makanlah apa tunggu apa lagi ! 

*peace tepi mata*