Thursday, August 25, 2011

duapuluhdua.




bukan sebarang angka ganda
satu penanda aras yang mana bermakna
kau sudah tempuh satu alam dewasa


dua puluh dua
ini masa untuk kau buka segala mata yang ada
bukan lagi tunduk patuh dan angguk apa orang kata
sebab kepala otak kau dah cukup matang dan geliga
untuk pilih jalan hidup antara dua


dua puluh dua
jangan mudah patah
jangan mudah rabak
biar renyuk tapi jangan rebah


jaga jaga
kanan kiri semua duri semua kaca
kau nak cari kilau mutiara sebagai penanda
kau jangan mimpi
kalau kau tak betul betul cuba


dua puluh dua
pergi mampus apa orang nak kata
kau ligat kau dapat
kau lentok kau menganga


dua puluh dua
nak bersandar sampai bila?
kau kena cuba kau kena cuba
gelas yang kosong penuhkan
melimpah tak mengapa


dua puluh dua
cukup syukur dengan apa yang ada
mohon agar tidak lalai tidak alpa


yang pastinya
dua puluh dua
belum masanya untuk kau tempuh fasa hidup berdua.


Allah selamatkan kamu
ZARIFAH MOHAMAD RIDZUAN
untuk yang ke dua puluh dua.
25 Ogos 



selamat hari lahir juga diucapkan kepada

kekanda ketiga
MOHD RAFIE BIN MOHAMAD RIDZUAN
26 Ogos

dan

buat bonda tercinta
SAEMAH BINTI DIMYATI
30 Ogos


syukran.

Tuesday, August 2, 2011

orang yang puasa je boleh baca, yang tak puasa makan jauh jauh


Baru satu hari puasa tapi dalam kepala hotak dah pikir raya tahun ni agak agak target nak dapat duit raya sama banyak macam tahun lepas dapat ke idak. Almaklumla muka dah tak berapa nak awet muda sangat dah. Tahun lepas aku buat muka baby face ala ala mintak lempang dapat la rm500. tak sia sia usaha, alhamdulillah. seminggu sebelom puasa aku tak putus putus doa harapnya tahun ni adik beradik aku yang 5 orang tu dapat la bonus raya lebih. Tak salah rasanya bagi ke adik bongsu diorang ni lebih sikit yedak? Dah la fresh graduate, penanam anggur yang berjaya pulak tu harapnya point nak raih simpati makin bertambah la sikit.



Mak pun boleh tahan gelabah belom nak puasa dah sibuk tanya nak beli langsir kaler apa. Kemain mak kemainn. Harap mak tak pilih kaler yang melambangkan parti politik almaklum lah pilihan raya dah nak dekat. Lagipun cat rumah kaler pepel campur pink memang burok benor kalau langsir nak hijau pas, biru turqoise keadilan, biru gelap barisan nasional atau pun merah terang umno. Kuning pun tak nak lah sebab bersih sangat. Jangan buat gila mak. Bukan apa takot kantoi dengan jiran tetangga. Kan undi kita adalah rahsia.



Lagi satu, nak tegur sikit pasal orang yang meniaga dekat bazaar. Jangan la cekik darah sangat bang. Gila ke hapa takat amik ikan sekerat dengan sayur dua cedok sampai RM14. Hadudududu bangg, telan ayaq lioq. Nak cakap tak jadi beli kang macam kuajaq sangat. Hulur je lah duit. Nasib baik sedap. Pasal makan ni bukan boleh berkira sangat tapi bak kata orang putih rege tu  biarlah reasonable yedak? Ikhlas sikit aku hulur duitnya hah.



lauk feveret untuk berbuka
*gulp*



Tahun ni alhamdulillah first puasa dapat juga buat tarawikh. Tak dapat buat kat masjid kat surau pun jadilah. Jemaah yang datang pun boleh tahan ramai. Baguslah mak bapak yang angkut anak anak sekali pegi tarawikh. cuma yang aku tak berapa berkenan budak budak ni punyalah bising. Dah la duduk dalam saf tengah lepas tu bergurau sini sana cuit orang tu tolak orang ni. Main hantu hantu. Ketawa mengekek jangan cerita la. Pakkal la ni bulan puasa, kalau anak buah aku memang dah kena jewer telinga. Kamon laa takkan jewer pun tak tahuu. Nak aku jewer telinga korang?



ce sebut sikit jewer aku nak dengar? huruf R tu biar jelas sikit bunyinya macam ni JEWERRR haa baru jawaa



Hari baik bulan baik ni tak elok la nak hangin sangat. Shaitonirrajim pun dah kena tambat. Tapi sekarang ni aku memang tengah hangin satu badan. Kebenda payah sangat nak lepas level  10 game angrybirds ni? Marah betei aku laaaa. GRRRRR !