Tuesday, June 18, 2013

the Delicious bake-off contest, St Mary



haluuuuu oihh lama gila tak update ahaha siannn.


lately ni memang busy nak arwah sampaikan nak jadi arwah pun tak menyempat. astaghfirullahh, pah..mengucap pahh. Okay, 2 jun 2013 lepas aku join bake-off contest yang dianjurkan oleh Delicious group. pernah makan kat Delicious tak? kamonn kata orang orang kaya?


K.


sebena join contest ni hanyalah sekadar suka suka. well, aku kan suka nau baking itu ini. makanya apa kata kita join contest tu selain boleh dapat pengalaman, boleh la test engko ni power ke tidak. yedak? 






senang je nak join contest ni. daftar online dekat website Delicious group. masa daftar tu dia mintak siap siap nama cake yang engko nak buat tu. matiiii aku dah la nak join suka suka je, ni terus mintak nama cake celah mana aku nak kelentong? aku pun belum pikir nak bake cake mende. bangang betei rasa masa tu.


tapi aku buh la nama strawberry shortcake. aku pun tak tau strawberry shortcake tu mende. entoh, rasa nak bubuh. buh je laaa kekekekekeke k.


jadi bila nak daftar tu kan, terus terasa beban sepikul atas bahu kanan. bahu kiri memang beban dah, beban dosa agagaga heishhh. maka, bermula dari detik aku daftar tu terus aku rajinkan diri buat research, study cara cara yang betul untuk dapatkan kek yang best gila kebabom walaupunnn em malas lah cakap.


bila aku dah bubuh nama strawberry shortcake makanya aku kena buat jugak kek yang bahan utama dia adalah strawberry. gugel punya gugel conteng punya conteng pikir punya pikir maka terhasil lah kek daripada eksperimen pertama dalam hidup aku.


phewww.



sebena tau pasal contest ni pun dari ajwin ajeera. dia yang ajak join sekali so boleh bake sama sama katanya. naiss aku memang suka masak/baking berjemaah ni. selain tak bosan ngadap kuali sensorang kita boleh bergosip secara berhemah. tak gitu kak ton?


Okay lah, meh aku tepek gambar sambil aku cerita kan apa yang berlaku pada hari kejadian.


cerita dia malam tu memang kitorang tak tido sebab nak prepare kan. plus, bila baking berjemaah ni peralatan kena kongsi jadi kena lah amik no giliran yedak. pukul 7 pagi hari contest tu baru aku tido. rasa nak terjulur lidah nak terkeluar bijik mata. punya lah letih hoiii. Oh, contest start pukul 2 petang hihihi sempat lah tido kejap hihihi.




awin's. nutella cheesecake in the making ! 




den punyo strawberry shortcake. duo satu kocik bonar ompek satu sonyum lebar. 
okay tetiba warehhh sangat -.-"


kau tak tau aku punya lah nak menangis buat ni sebab satu, tak pernah buat. dua, tak pernah prektis tak sempat ! tiga, tak tido satu malam wehhh *bercucuran*


takpe lah nak. ni namanya pengorrrbanan.



memang contest ni kita prepare kek dari rumah. bagus jugak kan, sebab contest ni terbuka confirm lah beratus yang join so nak jimatkan masa prepare dari rumah. pegi sana tinggal juri test, rasa, pastu amik markah je kek yang engko buat tu. selain tu, kita kena prepare full recipe nak bagi kat juri. jadi diorang akan tau bahan dan kaedah yang korang guna untuk buat kek tu. 


memang kelam kabut gila. bangun pukul 10 pungpangpungpang nak make up kek lagi nak print resepi nak mandi nak mekap muka sendiri bahaha nak belit shawl lagi makkk. lepas siap semua tu hah mula nervous gila doe, sumpah.




sebena kitorang salah tempat. memula tu terr pergi Delicious branch lain. kebenda payah sangat nak cari St Mary tuu dah lah terlewat. pukul 2 dah masa tu pusing berjuta kali baru sampai sana sobbs



mana kek saya? ohh time ni dah present kat meja dah hihihi kitorang sampai dulu then baru awin dengan fatin sampai. lepas daftar kitorang kena amik gambar dengan kek masing masing dekat poster contest ni. kemudian present kek dekat meja khas dan boleh pegi makan free ! kihkih


suka kau ye makan free. biasaaaa dia nii


kalau tengok pada list peserta dekat meja registration tu, adalah dalam seratus lebih yang join. tapi tak semua datang bertanding pheww. cerah sikit peluang yedak? haha


nahh jamu la mata korang dengan segala jenis kek yang ada.











yeayyy thats mine ! <3





Haa memang semuanya mengundang kepada penyakit potong kaki keh keh 
alah sekali sekala kot?



ajwin ajeera !


fatin liyana pauzi ! dah macam PA kitorang dah hihi




Okayyy time ni kitorang curi curi dengar apa yang judges bincangkan. padahal sepatutnya peserta kena duduk kat meja yang disediakan tapi jenis tak menyabor macam aku ni kan paham paham jelahh. busy body betul !





Judges:
Delicious CEO: Mr. Steve Allen, Delicious COO: Mr. Andrea, Mr. Tan Kean Buan from Help University, Ms. Lydia Koh from The Malaysian Insider, Ms. Puspa Devi from The Star, Mr. Cheng Yi from Fat Boy bakes.







Depa bincang punya bincang akhirnya keputusan dicapai. wah ayat kau pah. 






Dan pemenangnyaaa jengjengjenggg

ahh, korang tengok je lah sendiri. nak nangis sekejap

kihkih


GRAND PRIZE Ms. Janice Siew - Salted Caramel Chocolate Cake





benda alah caramel yang tercucuk tu sedap gila ! aku makan banyak kot haha nasiblahh sape yang tak merasa tuu 


FIRST PRIZE Mr. Luqman Hakim bin Khairul Annuar - Gula Melaka Decadence




sedappp ! kreatif gila mamat ni. tak silap aku dia start baking dari umur 12 tahun lepas tu dia sambung belajar kursus baking mem-baking jugak lah. no suprise !


SECOND PRIZE Ms. Charmayne Chung - Love is in the Air





Okay meh nak cerita. merujuk kepada juri omputeh tu, yang 2nd prize punya kek ni pesaing aku. Mr. Steve dan Mr. Andrea cakap mousse strawberry aku lebih light and fresh gila. dia cakap lagi, diorang suka sangat dengan mousse strawberry aku tuu sebab bila diorang makan terus teringat zaman kanak kanak wahh terharu sangat kaktonn hihi tapi bezanya, base kek aku tu " a bit hard " katanya. ahaha aku tau kenapa sebab aku simpan dekat tempat beku sekejap pagi tu -.-" weh kalau tak boleh dapat 2nd prize lah kan? sobbs takde rejeki


hihi alah tercalon dalam top 10 pun aku dah syukurrr sangat dahh alhamdulillah :')) lepas umum result tu apa lagi kitorang pun bedal lah semua kek yang ada. apa apa hal bedal kek sendiri dulu yedak? nyumms sedapp puas hati aku ! heh





muka memasing nampak nau tengah bergosip 




lepas makan tu kitorang pegi jumpa CEO dan COO pastu tanya habis habisan pasal kek yang kitorang buat tu. so masa tu tau lah apa yang perlu diperbaiki apa semua kan. tapi apa pun memang best sangat lah sebab kata kata diorang sangat positif dan yang penting membina ! i iz happyy wiwiwiwi




gambar dengan pemenang mana boleh tak adaaa





dah kenyang dah penat bergosip mengomel apa semua maka kitorang pun pulang dengan sisa kek masing masing HAHA dan cenderahati berbentuk voucher. terima kasih Delicious group ! :'D


memang bagus lah join bake-off contest ni. pengalaman mahal beb. korang yang suka baking tu boleh la join contest macam ni sebab tak salah kot kita cuba kan? banyak benefit yang kita boleh dapat selain makan free keh keh keh




i love you, sweetheart :')


terima kasih kepada semua yang terlibat, pihak penaja the Delicious group, para juri, semua peserta, kawan kawan FB twitter instagram yang bagi sokongan, yang datang support semua lah ! dann untuk ajwin ajeera, fatin liyana dan OP saya, fatul akrul ekhem i love u guyyys muah ! *hugs* :'))



maka, saya sudahi entri ini dengan gambar berikut:



takde sape pun sudi nak makan kek ni ermmmm



itu sahaja okbai ! 

*lap peluh*