kalau nak tulis 'because she is zarifah..' macam tak ghairah sangat. cik nurul badiah lai yang comel lote dengan cik safiyya yang menawan itu dah guna untuk belog diorang. hehe okay okay, kali ini seng ragel cuma nak kongsi beberapa perkara pasal diri dia. kau jangan tertipu, dia tu nampak je jinak tapi masyaAllah..HAHAHAHA
fakta:
- Nama sebenar beliau ZARIFAH MOHAMAD RIDZUAN. takda nurul takda siti takda puteri. kau jangan pandai pandai nak tambah.
- Aku hantu laksa. sapa geng boleh angkat hidung sekarang! alolohh kombang kombang nehh haa. hihi
- Aku anak jati pahang. diulangi pahang. wong, kau jangan cari gaduh lagi dengan aku. pahang darul makmur bukan darul iman! wong mana kau? WONG! bsadcjgytveftrst
- Aku suka drive manual car. auto sangat membosankan dan tak thrill langsung kau paham tak. aku siap boleh tertido drive auto. siyes, auto sangat tidak mengghairahkan.
- Aku tak suka chocolate. boleh makan tapi tak menggila macam gadis gadis lain. kalau nak ngorat boleh belanja aku blueberry cheese kek atau tart atau cupcakes atau sewaktu dengan nya lahh.
- Aku tak suka tempe. betul wehh, siyes. memang la aku jawa totok tapi tempe boleh mematikan selera aku. tak sedap.
- Seng ragel sangat peramah, easy going jugak. kalau jumpa tegur je konpem macam kenal 10 tahun. tapi jangan menyesal lah kalau tersengal sama. hahaha
- Merupakan bekas atlet UTHM paddlers 'kayak'. pencen dahh kasi la peluang adik adik pulak. tarik diri untuk main SUKMA atas sebab tertentu.
- Pengguna setia celcom. semua no pospaid dan prepaid aku adalah celcom begitu juga berokband yang ditaja oleh ustad aboy. CELCOM, IT'S IN YOUR HAND.
- Aku penakut. gila. kau jangan gedik gedik nak ajak aku tengok muvee seram.nak gi toilet pun kena temann. kalau citer bunuh yang super thriller tu takpa. takda masalah. pelik sangat ke? tak an ann.
- Aku suka aktiviti yang ekstrem. kayak salah satu lah. white water rafting kat sungai sedim, kedah dulu level 4 je tak silap. ada sapa sapa nak ikut hiking banjaran bintang 6 januari nanti? jomm
- Dulu aktif jugak menyanyi untuk majlis kahwin, manager saya adalah abang ipar. sekarang aktif dekat karaoke jamban sahaja. hihi
- Jangan gelak tau, janji. emmm umur 21 tahun ni aku baru tau yang doraemon tu adalah sebuah mesin robot. selama ni ingat doraemon tu macam tedi bear lain yang diberi nyawa oleh tuhan. jangan gelaaaaaaaaaaaaaaak!
malas dah sambung, merajukkkk!