Friday, December 17, 2010

ketuk ketuk muharram bersama chef seng ragel (geli gila)



aku mengaku tak terel masak tapi ATLEAST, aku belajar tau nak kasi terel ni siap masuk pertandingan lagi even kalah. penting tau belajar memasak ni. jangan tanya kenapa nanti aku sekeh laju laju. kena lah belajar dari sekarang nanti dah kaweng nak bagi suami dengan anak anak makan senangg. pak dengan mak mertua pun boleh tumpang 4 kaki ye dak. 

lagi satu bagi yang duduk rumah sewa tu ni lah peluang korang nak men'terel'kan diri dengan skill masak memasak di samping menjahanamkan dapur tuan rumah. alaa weh, memasak senang je kot main campak campak dalam kuali je kot (ya ampun aku syukur gilaa mak aku tak reti nak online apetah lagi nak baca belog)
HEHEHEHE 



okay gadis gadis, sila ambil perhatian sekarang! 
TEGAS


*sila baca dengan nada chef wan untuk lebih ghairah*

1st:
memasak perlu ada keikhlasan ye sayang 
kau jangan nak bentak bentak kalau kena suruh masak! kalau tumbuk cili dengan lesung tu jangan nak over 'tung tang! ketung ketang!' sampai tok ketua ujung kampung tu boleh kena serangan angin ahmar kau paham tak? gila gila.

2nd:
memasak harus ada sifat sabar yang membungkam dalam dada
eh eh mesti lah kena ada kot kot kalau kau dah penat penat masak dah siap hidang lauk TIBA TIBA ada najis mutawassitah dari langit jatuh dalam lauk kau. tak ke macam nak histeria sehari?


3rd:
masak la elok elok sikit jangan ikut sedap kau je
ikut adab petua orang yang lebih terel dan berpengalaman. ini tak, dah la dapur tak rupa dapur macam kena bom dengan israel pastu melalak lalak pulak lagu cinta kristal abang rahim maarof ha amek kau naik hangit nasi nasib baik sempat diselamatkan ffuuu *aku sedang mengata diri sendiri*


cukup la tu 3 kang banyak banyak bukan kau baca pun aku pun tak letih nak taip kann. takut gak kot kot ada makcik terbaca kang terus nak mintak email nak menambah rakan kat fesbuk. takpe lagi, kot kot dia nak buat menantu tak ke naya? gila gila. 


semalam terasa nak masak lauk setail kampung untuk lunch maka terhasil lah lauk lauk seperti di bawah 


masak lemak pucuk turi



tak tau la korang pernah makan ke tak an
 rasa dia macam pucuk manis cuma lembut sikit


aku rembat dekat area tepi rumah
ni best duduk parit raja macam macam ada, rajin dengan tak je ngeh ngeh


sambal belacan yang pom pom pom pedas nye
bikin air hidung dan air mata meleleh laju laju wa cakap luu 



ikan masin goreng
aku suka ikan gelama sebab kalau goreng dia crunchy gila plus tak masin sangat 



pelam rembat. haha!
eh lauk lunch jugak ke? 



penat tau aku terlompat lompat nak amik menatang ni
nasib la pelam sapa gua rembat HAHAHAHA

yang leceh nya nak kena racik halus halus macam ni
pulak dahhh



  
taraaa! 
kerabu mangga la siot gua kecur la siot (--")
slurpp!



last but not least,
air limau ais 3 hari berturut turut
agagagagaa


weh weh jangan nak tap.tap.tap kat sini pulak. nah nah tisu lap cepat -__-

meh aku bagitau sikit, biar muka kita pecah rumah, tak siap macam aku asalkan kita reti masak dari tak tahu langsung ye dak. kamon la perempuan jangan la nak pegang sudip pun tak reti. kamon bebeh tak terel takpe boleh belajar laa :)

 belajar dari buku pun okay apaa

aku memang suka beli menatang ni dari novel muahaha

nak letak gambar lah lagi
biar laa biar laaaa


topi tinggi la siot cehh

okay okayy dah abes dahhh
ENJOY COOKING EVERYONE!