Wednesday, September 26, 2012

Nuneng.

sesiapa dengar pun mesti macam 'Nuneng? amende nuneng?' ya, aku pun macam tu gak dulu. aku kenal nuneng masa sekolah kat SBP Integrasi Kuantan 5 tahun lepas. kau orang ingat enon macam aku ni tak layak sekolah asrama hek helehh kamonlah. sebenarnya enon macam aku ni lah paling layak kau tahu? *betulkan tali leher*

acik kau.

berbalik pada cerita nuneng. dia kata nuneng tu nama kucing yang dia bela -_- masa sekolah dulu aku rumah biru nuneng rumah kuning ahaa dah macam pantun 2 kerat pun ado. sistem sekolah kitorang letak semua pelajar dalam dorm ikut rumah sukan. jadinya dorm aku dorm kemboja yang selalu lambat turun subuh kena gegar dengan cikgu asmui tu bertentangan dengan dorm ixora. dorm nuneng lah.

sebena tadi aku lupa nama dorm dia lepas tu aku post lah ini

 almaklumlah, tua.
 

kelas kitorang pun sebelah menyebelah je. aku kureng genius jadinya duduk la kelas einstein. nuneng yang suka tido dalam kelas tu -_- bijak bestari macam A.L.O.N.G Along ! ( sing along yeahh) kelas archimedes bak hanggg. kebetulan dorm-mate aku sofia, pia ke peah-wat-so-ever-la-nama-kau satu kelas dengan nuneng. kami bertiga ni memang gila gila sengal sakit sendi semua ada. nuneng pesen dia cakap slow muka inesen je tapi bangang lawaknya. si sofia ni bahan gelak je la. aku? pemerhati sambil tangan peluk tubuh dan senyum sinis sahaja *sap kok*

aku selalu buli nuneng tapi nuneng cool je. aku bahan dia kawkaw pun dia sengih je. kau ni angel ke apa? nuneng datang kelas aku niat dia kalau tak ajak makan mesti ajak sembang. dia dengan sofia sama je la berdua tu. sampaikan mengganggu konsentrasi pembelajaran (baca sebagai tido) aku. bab mengular pun kami jugak. kang nuneng lalu depan kelas bagi isyarat kepala mengajak sikit aku pun 'cikgu, toilet jap' nampak tak permainan dia kat situ?

banyak gila kenangan dengan nuneng. aku penah pinjam tudung bawal hitam dia macam buat harta sendiri pun dia lekk je. bagus betul. yela masa tu tudung bawal baru baru je keluar. mana mampu sehelai rm45-50 amboihh makan kat kantin air 50 sen pun aku berkira inikan nak beli sendiri. huks

semua tu dulu la. sekarang nuneng dah gembira kat sana. she's no longer with us. kanser saraf tunjang. kenangan masa sekolah je dia tinggalkan hmmmm tsk :'(

aku rasa awkward gila bila bukak fesbuk kelmarin nampak notification birthday nuneng, orang yang dah takda. nasib baik admin hide wallpost maunya kalau ada kawan kawan yang tak tau dia dah takda tak ke eksaited pegi post 'Happy Birthday Nuneng !' tak ke kau menangis baca? tskk

:'((
 
 
aku stalk page dia semua then ternampak ini


 
double :'((


ya Allah sebak sesungguhnya..nuneng kisah kau dah habis. tamat. kami yang tinggal ni entah bila masanya. Tuhan sahaja tau. apapun aku simpan kemas semua kenangan suka duka gonjeng gila kita sampai akhir hayat. masakan aku boleh lupa dengan kaca mata skema kau tu? :')



sampai bertemu lagi. di syurga nanti. aminn

AL FATIHAH buat Siti Nabilah binti Latipi, Nuneng.


Tuesday, September 18, 2012

bercakap tentang perempuan gila



rasa macam mimpi doe bukak page ni. sebena aku cuba tenangkan perasaan. baru sebentar tadi aku mengamuk henpas meja kerusi segala benda yang ada dalam opis (abah kau) sebab belog sendiri tak boleh nak bukak. malapetaka apakah? aku syak blogger.com telah konfius dengan tahap kecomelan aku sekarang kemudian wujud perasaan ragu ragu untuk membenarkan aku sign in.
 
 
ya, boleh jadi.

-_-
abaikan permulaan entri yang cukup tidak bertimbang rasa itu. mari teruskan dengan isi penting kandungan (5 markah).

Well, perempuan gila ni dah dapat kerja kau tahu? Buat credit control lagi. Aku malas nak cerita sangat pasal credit control ni yelah sebab aku sendiri pun menguap nak cerita apatah lagi nak menarik orang baca yedak.

Dem aku hilang idea terus nak tulis apa.

Kalau razman si rambut rebonding belah tepi tu pun kehabisan idea menulis entri aku yang picisan ni apatah lagi *nangis tepi tasik* *baling batu*

Cumanya sekarang aku aktif membebel dekat twitter dan facebook sahaja. Nampak tak uollss i dah ada twitter uollsss. Tinggal orang nak report as spam je aku ni bahahaha shiannn sembang soranggg. Sembang sorang tu dia macam kau berborak sekor sekor dekat twitter lepas orang macam zzzz pebenda perempuan gila ni. Macam kau sembang dengan spenda basah la. apa kau dapat? Tiada respon bukan? Paling cibai pun kau akan dengar bunyi tik..tik..tik..

bunyi air spenda jatuh la apa lagi grr.

Apa pun 25 ogos lepas birthday aku. Sengaja bagitahu sebab ramai lagi peminat yang terlupa nak wish yedak. ajejejejejeje kite tauuuu. 

Sweet kan aku? *kedip kedip mata*