bukan sebarang angka ganda
satu penanda aras yang mana bermakna
kau sudah tempuh satu alam dewasa
dua puluh dua
ini masa untuk kau buka segala mata yang ada
bukan lagi tunduk patuh dan angguk apa orang kata
sebab kepala otak kau dah cukup matang dan geliga
untuk pilih jalan hidup antara dua
dua puluh dua
jangan mudah patah
jangan mudah rabak
biar renyuk tapi jangan rebah
jaga jaga
kanan kiri semua duri semua kaca
kau nak cari kilau mutiara sebagai penanda
kau jangan mimpi
kalau kau tak betul betul cuba
dua puluh dua
pergi mampus apa orang nak kata
kau ligat kau dapat
kau lentok kau menganga
dua puluh dua
nak bersandar sampai bila?
kau kena cuba kau kena cuba
gelas yang kosong penuhkan
melimpah tak mengapa
dua puluh dua
cukup syukur dengan apa yang ada
mohon agar tidak lalai tidak alpa
yang pastinya
dua puluh dua
belum masanya untuk kau tempuh fasa hidup berdua.
Allah selamatkan kamu
ZARIFAH MOHAMAD RIDZUAN
untuk yang ke dua puluh dua.
25 Ogos
selamat hari lahir juga diucapkan kepada
kekanda ketiga
MOHD RAFIE BIN MOHAMAD RIDZUAN
26 Ogos
dan
buat bonda tercinta
SAEMAH BINTI DIMYATI
30 Ogos
syukran.
9 comments:
happy birthday!
Happy Birthday!
hepi besday..:)
kem salam aku kat mak ko ye.. :)
Happy Bday yangg... (:
ala nak kena wish lagi sekali ke? hek3.
ALLAH selamatkan kak epa dunia dan akhirat insyaALLAH biiznillah :)
HB sayang. :)
hepi besday regel.
TERIMA KASIH SEMUA ! :'D
Post a Comment