Tuesday, April 23, 2013

merasmikan oven butterfly



dah lama nak rasmikan sebena, tapi tak ter rasmi rasmi jugak oven kakak belikan tu. duduk la kau diam sunyi sepi tanpa berita dalam kotak. lepas tu ada la kan orang tu kan request nak makan pavlova jadinya buatkan lah sebab macam dah lama jugak tak buat pavlova. nak jugak test power oven baru ni cemana pergi dia kan.


nasib baik elok je berfungsi. oh jangan tanya aku kenapa beli oven butterfly. oven ni kan zaman mak mak kita dulu. payah dah sekarang nak jumpa orang pakai oven ni. semua nak yang modern jeww. tapi maksalahnya aku memang suka dengan benda tradisional nak buat cemana yedak hihihi plus, jimat letrik guna gas jeww. bakar manual atas dapur kauu. nangeh.





terus buat dua bijik sebab nak kejar masa. ikutkan kalau guna oven ni tak boleh bakar meringue kat bawah pasal guna api dapur kan so nanti base meringue hangit. i'm done sebab tu bagitau hahaha



lepas tu, untuk pavlova kali ni cuba buat eksperimen cemana nak bgi meringue merekah. sebelum ni buat tak merekah pun macam chef chef buat teww iolls kecewa hokkayy. so aku cuba lebihkan tepung jagung dan berjayaaa yay :'D



*jejoget*



setelah berhempas pulas bermandi peluh akhirnya menjadi jugak pavlova dambaan perot walau ke 153739383536284 juta kali makan pun takkan bosan hekhek.  :')




zoom sikitttt



pavlovelovediva sangat



saje je nak tayang brooch ribbon pink kiteeww. tu je lah kot kbai ^^


Wednesday, April 10, 2013

alah bukit broga yang semorang sibuk daki sangat tuu


kofkof macam tinggi sangat daki yedak.


cerita dia macam ni. minggu lepas along sepupu kegemaran, pm kat fesbuk. dia tanya nak join tak team hiking dia panjat bukit broga. wahh macam orang mengantuk disondol bantal, mestilah lentok yedakk wiwiwi.


weh gila hang tak nak ikut? selama ni berjejes jejes je tengok orang up gambar duckface atas broga. ingat aku tak teringin ke nak buat cenggitu? sakit pulak hati kite ni. lepas tu aku pun apa lagi gelabah la cari headlamp. along kata nak gerak tengah malam so memang kena ada lah headlamp tu supaya terang masa depanku 


*sengih spongebob*


sabtu siang tu pegi bukit bintang dengan along shopping sikit pastu baliknya singgah area wangsa walk makan mee udang mak jah kuala sepetang. yang ini memang aku tak boleh nak runding ya rabbi ya karimm terbaik gilaa mee udang dia weyy udang entah berapa ekor dia campak dalam  mangkuk mee tu. kau faham tak dia punya sedap sampai tengah taip entri ni pun aku terasa rasa kuah mee udang tu lalu dekat tekak hmmphh




awak jangan risau, sikit hari saya datang lagi.

balik rumah tu test headlamp lepas tu taknak poyo buh kat stegerem kan kofkof dari situlah bermulanya episod drama unplanned by ajwin ajeera eh ehh. 



komen punya komen dekat stegerem boleh pulak awin terus join kitorang malam tu. decide nak join dalam masa kurang 3 jam dari waktu kitorang gerak pegi bukit broga pun bolehh hahaha bagus fatin bagus sebab berjaya pujuk awin


well pukul 11 malam terus paksa diri tido pastu bangun pukul 1 setengah pagi bersiap siap pastu semua berkumpul dekat mekdi btho, cheras kajang pastu terus gerak ke semenyih. pukul 3 lebih macam tu kami start panjat. wah masa tu dah ramai jugak yang datang untuk tujuan yang sama. so takda lah seram sangat kan. gila kau, pukul 3 pagi masuk ladang kelapa sawit lepas tu masuk hutan apa tak seramnya. jalan pun berkepit je memasing haha.



fatin awin dan kof kof *batuk kecil*


ye yee tau headlamp iolls paling gedabak yeee. lepas snap terus 
" weh ce tengok ada 3 ke 4 orang gambar tu? " -_-


boleh tahan mencabar jugak la laluan dia. tanah licin sebab baru lepas hujan pastu banyak curam pastu berbatu batu pastu nak kena panjat tebing tinggi aduiyaii nak menangis mak. awin dengan fatin pun tak larat so banyak kali jugak la kitorang stop. awin tak bagitau dia ada asthma patutlah tak larat semacam je. sumpah penat dia sampai rasa mual nak termuntah. aku ni kira nasib baik jugak la sebab dah biasa lasak berkayak dulu so tau la cemana nak kawal nafas nak maintain tenaga semua tapi pancit jugak kauu. memang kena hati hati sangat sebab gelap kan kita tak tau apa ada kat depan tepi atas belakang kita. kitorang bertiga ni ikut je along dengan geng dia yang senior dalam hal panjat memanjat ni erk apakahh.


masa ni adalah penting sesama kita support each other walaupun penat dah tak larat. dalam masa yang sama kita support diri sendiri jugak. selalulah cakap dekat kengkawan " kamonn, sikit lagi nak sampai dah. boleh ni bolehh " macam tu even jauhh lagi kan :')


nak dekat 5 pagi camtu barulah kitorang sampai dekat puncak broga ahhh akhirnyaaa. wiwiwi puas hati gilaa. dah sampai tu nak termuntah nak terberak terkencing semua ada. nasib lah pundi ni reti behave. tak rasa nak buang ke apa haa camtu laaa.


pastu terus panjat batu besar baring lambak atas tu. along kata batu besar ni memang port diorang tido bila sampai atas broga. tak banyak cakap, terus lena dibuai mimpi berbumbungkan langit dan bintang beralaskan batu tajam namun indah lenaku kau tauu. haha padahal berlemuih hangit habis badan berpeluh. 


sumpah canti gilaa view semenyih dari atas batu kat puncak broga tu. dengan bintang bintang kat langit dengan kapal terbang dengan awan. subhanallahh :') 


  

eh apeni apenii *tolak tolak kamera*

dapat tido sejam je lepas tu terus terbangun sebab ramai yang suluh suluh kitorang. pukul 6 setengah dah start riuh rendah memang ramai gilaaa atas broga. berjenis jenis orang atas tu, budak kecik pun ada alololo omei angat yee. awin pulak kemain sweet bekalkan shepherd's pie gila lah breakfast like a king betei mampuu?

gambar semua cilok dekat stegerem sendiri, fatin dan awin :)












muka busuk memasing baru bangun 




ahh sejenis muka puas -_-"




pastu kitorang teruskan mendaki sampai puncak. alah sikit je lagi tapi laluan dia yang paling mencabar lah. mula macam tak yakin dapat panjat tapi dengan bantuan dan support semorang yeayy berjayaa !


we made it ! *shuffle*


oh oh selepas pendakian pertama ini langsung tak serik kofkof kami pasti datang lagi. tak puas faham tak? sampaikan awin cakap mama dia ajak panjat broga minggu depan hahaha macam tu sekali pengaruhnya. plays with nature is a good therapy sometimes. learn to be grateful and thank to The One Up There for letting us living in His place. alhamdulillahh. 

broga hills, wait for me again okay? :'))