Baru satu hari puasa tapi dalam kepala hotak dah pikir raya tahun ni agak agak target nak dapat duit raya sama banyak macam tahun lepas dapat ke idak. Almaklumla muka dah tak berapa nak awet muda sangat dah. Tahun lepas aku buat muka baby face ala ala mintak lempang dapat la rm500. tak sia sia usaha, alhamdulillah. seminggu sebelom puasa aku tak putus putus doa harapnya tahun ni adik beradik aku yang 5 orang tu dapat la bonus raya lebih. Tak salah rasanya bagi ke adik bongsu diorang ni lebih sikit yedak? Dah la fresh graduate, penanam anggur yang berjaya pulak tu harapnya point nak raih simpati makin bertambah la sikit.
Mak pun boleh tahan gelabah belom nak puasa dah sibuk tanya nak beli langsir kaler apa. Kemain mak kemainn. Harap mak tak pilih kaler yang melambangkan parti politik almaklum lah pilihan raya dah nak dekat. Lagipun cat rumah kaler pepel campur pink memang burok benor kalau langsir nak hijau pas, biru turqoise keadilan, biru gelap barisan nasional atau pun merah terang umno. Kuning pun tak nak lah sebab bersih sangat. Jangan buat gila mak. Bukan apa takot kantoi dengan jiran tetangga. Kan undi kita adalah rahsia.
Lagi satu, nak tegur sikit pasal orang yang meniaga dekat bazaar. Jangan la cekik darah sangat bang. Gila ke hapa takat amik ikan sekerat dengan sayur dua cedok sampai RM14. Hadudududu bangg, telan ayaq lioq. Nak cakap tak jadi beli kang macam kuajaq sangat. Hulur je lah duit. Nasib baik sedap. Pasal makan ni bukan boleh berkira sangat tapi bak kata orang putih rege tu biarlah reasonable yedak? Ikhlas sikit aku hulur duitnya hah.
lauk feveret untuk berbuka
*gulp*
Tahun ni alhamdulillah first puasa dapat juga buat tarawikh. Tak dapat buat kat masjid kat surau pun jadilah. Jemaah yang datang pun boleh tahan ramai. Baguslah mak bapak yang angkut anak anak sekali pegi tarawikh. cuma yang aku tak berapa berkenan budak budak ni punyalah bising. Dah la duduk dalam saf tengah lepas tu bergurau sini sana cuit orang tu tolak orang ni. Main hantu hantu. Ketawa mengekek jangan cerita la. Pakkal la ni bulan puasa, kalau anak buah aku memang dah kena jewer telinga. Kamon laa takkan jewer pun tak tahuu. Nak aku jewer telinga korang?
Hari baik bulan baik ni tak elok la nak hangin sangat. Shaitonirrajim pun dah kena tambat. Tapi sekarang ni aku memang tengah hangin satu badan. Kebenda payah sangat nak lepas level 10 game angrybirds ni? Marah betei aku laaaa. GRRRRR !
12 comments:
untunglah untunglah dah sampai level 10. ittew ni, level satu pon belom.
ihik~
:P
angry bird paberet eyka itu weyy! terbaikk! hehe:P
dedua orang ni kemain laju komen. nampak sangat ada hati dekat kita.
amboi..kaler langsir pon boleh politik ker?? lepas ni kalo aku nmpk hang pakai kaler2 y hang mention td siap laa.... aku cucok2 hang...
latest entry Jangan SPAM kat BLog orang lain & Urban : Camera Paling CANGGIH
untunglah first day dah puasa
jewer tuh jawer tahap tertinggi ke bikpah? haha..aku 1st tarawih buat sndri je. keje skola byk wooo
piat je tinge deme tuh. angkut letak blakang.
eh rupa game angrybird tuh pon kite tak penah tgk ag. =.=
jewer telinga tu pait telinga kan kan kan bikpah?? ehemmmm #jawajugak
leleh air liur tgk lauk.......
duit raya utk adik2 telah dimansuhkan berikutan adik2 semua dah masuk alam dewasa...sila beri duit raya pada anak2 buah pula-harap mklum-tqvm
best la laki hang nanti..keh2
hahaha.adehh.sengeh3 baca entry akak.hehe.best3.perh maen angrybird.
gudluck3
:)
Post a Comment