manusia.
aku manusia biasa sahaja
sama macam kau, awak, kamu, anda, dia dan mereka semua
dan manusia yang biasa ini kerdil
sangat, bahkan terlalu kerdil di pandangan-Nya
salah aku pada yang ESA, itu urusan antara aku-Dia.
namun,
salah aku dengan manusia, tetap urusan antara aku dengan manusia
dan aku sendiri perlu mohon kemaafan.
oleh itu
pada tarikh ini
dengan rendah diri sehina dinanya
hamba ini, yang bernama
ZARIFAH BINTI MOHAMAD RIDZUAN
ingin memohon maaf pada kalian
jika ada-- terkasar bahasa, terkata belakang, terfitnah, tertepuk tampar, bergurau hyper, termakan minum mahupun terambil apa apa
sebab aku tahu 'gila' aku macam mana.
:')
jangan pelik, aku belum nazak lah
alhamdulillah masih sihat.
cuma aku ada urusan yang lebih besar dengan Tuhan,
maka aku habiskan dengan kalian dulu
sesiapa sahajalah, yang membaca ini
sampai sampaikan lah.
maafkan aku ya?
dan selebihnya, itu urusan Tuhan
agar aku lebih tenang dalam menguruskan perjalanan ini
supaya jiwa aku lebih tenang nanti.
dengan izin Allah, doakan ya.
bismillah..
2 comments:
semoga perjalanan pergi dan balik selamat...
moga mendapat kesejahteraan oleh NYA
VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK
Post a Comment