Tuesday, September 24, 2013

bila aku stress aku masak.


selama 8 jam bekerja aku akan peruntukkan sekurang kurangnya sejam untuk gugel resepi makanan. Biasanya bila jam kat ofis tunjuk jam hampir 6 petang aku dah mula gelabah fikir nak masak apa balik karang. kadang kadang plan lain tapi masak benda lain. 


K.


Baru baru ni aku buat apple blueberry crumble. cadangnya apple crumble je tetiba teringat ada filling blueberry maka apa lah kiranya reka resepi sendiri. ehh sukati aku lah kan?


Sumpah senang nak meninggal buat crumble ni. meh la aku bagi resepi kot korang nak try ke kannn. ececehh suka lettew.



Bahan - bahan

untuk crumble;
100g tepung gandum, 30g butter, gula 

untuk inti;
5 biji epal hijau, gula, 1 sudu kecil cinnamon powder


Caranya


basuh epal kupaskan kulit dan potong kecil. masukkan dalam periuk dengan api yang sederhana kecil. kemudian masuk gula. masuk cinnamon powder. gula tu terpulang korang nak manis buah atau manis potong kaki. ada aku kesah? 




bila epal dah caramelized, lembut dan boleh lenyek tutup api. masukkan dalam kertas cawan. beli yang keras tau, senang nak padatkan. 

okay puan puan, sekarang crumble pulak. campur tepung butter dan gula pastu korang ramas ramas dengan hujung jari sampai jadi crumble. macam serdak roti tu gitu lah. paham ke tidak niii 


dah siap tu masukkan dalam kertas cawan berinti tadi. padat padatkan. panaskan oven 17oc bakar selama 30 minit. dah siap bakar boleh serve dengan aiskrim vanilla. 



aku buat inti half apple + blueberry filling


okay siap ! 


hekelehh senang sangat ni woi ! kau buat sambil makan kacang je apadehal yedak?
okay dah tu je lah. 


Bai.

4 comments:

Al Kisah said...

nice..

Afiqah Azmee said...

haritu tengok bikpah buat, nak buat gak tapi ada epal merah. boleh gak kee.

zarifahmr said...

al kisah
mekasih !

pikah:
boleh jeww. pakai epal hijau sebab nak rasa masam manis tu hehe

EZAN IDMA said...

mudahnye memasak bersama bikpah